Friday, September 26, 2008

APA NAK JADI?????

Alhamdulillah dapat juga saya bersahur bersama rakan rakan di Makan Makan hari ini.. Banyak juga perkara yang dapat di bincangkan dan saya dengar sendiri luahan orang orang lama bersembang pasal politik hari ni. Semakin hari semakin tenat nampaknya UMNO hari ini. Apa yang membimbangkan ialah tiada seorang pemimpin pun yang benar benar ikhlas untuk memperjuangkan bangsa Melayu hari ini.
Baru baru ini kita di kejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan. Susulan itu, ada pula khabar khabar angin mengatakan Perdana Menteri akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum Pemilihan UMNO akan datang.
Persoalannya, dapatkah UMNO di selamatkan sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan? Adakah orang Melayu akan bersatu semula? Nampaknya terpaksa kita serahkan semua ini pada pucuk pimpinan dan Ahli Majlis Tertinggi untuk menentukan keputusan PM tu.
Perbincangan saya hari ini bersama rakan rakan banyak mempersoalkan integriti kepimpinan yang ada pada hari ini. Tiada lagi kita dapat melihat pemimpin yang hidup sederhana dan mempunyai ciri ciri integriti kepimpinan seperti pemimpin kita dahulu dalam UMNO. Kalau ada pun yang saya tahu, Tok Guru Dato Seri Nik Aziz Menteri Besar Kelantan iaitu pemimpin PAS. Mungkin ramai yang tak setuju dengan saya mengenai perkara ini. Tetapi hakikatnya inilah luahan orang orang kampung yang majoritinya masyarakat Melayu. Masalahnya, ramai pemimpin yang ada hari ini cuma mesra atau buat buat mesra masa pilihanraya. Lepas dah menang start laa sombong tak tentu pasal.
Saya mempunyai seorang sepupu yang bekerja di sebuah hotel di London, United Kingdom. Dia bertugas sebagai "housekeeping". Semasa dia bekerja di hotel tersebut, ramai dah Menteri, bekas Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang dia pernah jumpa. Satu hari, saya pernah bersembang politik dengan sepupu saya ni semasa bercuti disana. Tetapi banyak cerita yang negatif yang saya selalu dengar daripadanya. Pernah satu hari, ada la seorang bekas Menteri yang masih lagi menteri ketika itu bermalam di hotel tempat dia bekerja. Seperti biasa tugas sepupu saya ialah memastikan bilik bilik sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. Jadi secara kebetulan dia kena bersihkan bilik bekas menteri ni. Sebagai seorang warganegara Malaysia dan sama sama Melayu dia pun bercakap Melayu la dengan bekas menteri ni. Bukan cakap apa pun hanya tegur bagi salam dah sesama Islam. Bekas menteri ni pulak dah laa tak jawab salam, boleh pulak "speaking" lepas tu sambil tunjukkan arah dengan kaki suruh sepupu saya ni bersihkan toilet, pasal dia nak gunakan cepat. Itu salah satu cerita yang saya dengar sebenarnya banyak lagi. Tapi tak payah laa nak kutuk lebih2 sangat bulan bulan puasa ni. Persoalannya, adakah ini ciri ciri integriti kepimpinan yang kita ada hari ini?
Kadang kadang saya pun hairan dengan mereka ni. Bukankah kerana rakyat diaorang ni mendapat tempat dan jawatan yang di sandang. Kenapa mereka ni boleh tiba tiba berubah menjadi tak sedar diri, sombong, angkuh, bongkak apabila dah ada kuasa? Selepas apa yang berlaku pada PRU lalu saya berharap agar barisan pemimpin yang ada berubah, rupanya sama juga.
Amat menyedihkan ialah dengan isu isu semasa yang berlaku ekonomi negara semakin lama semakin merosot. Banyak pelabur pelabur dari luar negara takut untuk melabur dan yang dah ada pun tutup kedai lari balik ke negara masing masing. Mana taknya, tidak ada langsung cerita pasal ekonomi . Hari hari masalah politik. Macam mana negara kita nak maju?
Dari aspek perjuangan bangsa hari ini, saya nampak masing masing dengan agenda tersendiri. Entah apa akan jadi pada bangsa Melayu ni. Sampai bila kita akan berterusan begini?

No comments: