Friday, September 26, 2008

APA NAK JADI?????

Alhamdulillah dapat juga saya bersahur bersama rakan rakan di Makan Makan hari ini.. Banyak juga perkara yang dapat di bincangkan dan saya dengar sendiri luahan orang orang lama bersembang pasal politik hari ni. Semakin hari semakin tenat nampaknya UMNO hari ini. Apa yang membimbangkan ialah tiada seorang pemimpin pun yang benar benar ikhlas untuk memperjuangkan bangsa Melayu hari ini.
Baru baru ini kita di kejutkan dengan perletakan jawatan Perdana Menteri YAB Dato Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi sebagai Menteri Kewangan. Susulan itu, ada pula khabar khabar angin mengatakan Perdana Menteri akan meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum Pemilihan UMNO akan datang.
Persoalannya, dapatkah UMNO di selamatkan sekiranya Perdana Menteri meletak jawatan? Adakah orang Melayu akan bersatu semula? Nampaknya terpaksa kita serahkan semua ini pada pucuk pimpinan dan Ahli Majlis Tertinggi untuk menentukan keputusan PM tu.
Perbincangan saya hari ini bersama rakan rakan banyak mempersoalkan integriti kepimpinan yang ada pada hari ini. Tiada lagi kita dapat melihat pemimpin yang hidup sederhana dan mempunyai ciri ciri integriti kepimpinan seperti pemimpin kita dahulu dalam UMNO. Kalau ada pun yang saya tahu, Tok Guru Dato Seri Nik Aziz Menteri Besar Kelantan iaitu pemimpin PAS. Mungkin ramai yang tak setuju dengan saya mengenai perkara ini. Tetapi hakikatnya inilah luahan orang orang kampung yang majoritinya masyarakat Melayu. Masalahnya, ramai pemimpin yang ada hari ini cuma mesra atau buat buat mesra masa pilihanraya. Lepas dah menang start laa sombong tak tentu pasal.
Saya mempunyai seorang sepupu yang bekerja di sebuah hotel di London, United Kingdom. Dia bertugas sebagai "housekeeping". Semasa dia bekerja di hotel tersebut, ramai dah Menteri, bekas Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen yang dia pernah jumpa. Satu hari, saya pernah bersembang politik dengan sepupu saya ni semasa bercuti disana. Tetapi banyak cerita yang negatif yang saya selalu dengar daripadanya. Pernah satu hari, ada la seorang bekas Menteri yang masih lagi menteri ketika itu bermalam di hotel tempat dia bekerja. Seperti biasa tugas sepupu saya ialah memastikan bilik bilik sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. Jadi secara kebetulan dia kena bersihkan bilik bekas menteri ni. Sebagai seorang warganegara Malaysia dan sama sama Melayu dia pun bercakap Melayu la dengan bekas menteri ni. Bukan cakap apa pun hanya tegur bagi salam dah sesama Islam. Bekas menteri ni pulak dah laa tak jawab salam, boleh pulak "speaking" lepas tu sambil tunjukkan arah dengan kaki suruh sepupu saya ni bersihkan toilet, pasal dia nak gunakan cepat. Itu salah satu cerita yang saya dengar sebenarnya banyak lagi. Tapi tak payah laa nak kutuk lebih2 sangat bulan bulan puasa ni. Persoalannya, adakah ini ciri ciri integriti kepimpinan yang kita ada hari ini?
Kadang kadang saya pun hairan dengan mereka ni. Bukankah kerana rakyat diaorang ni mendapat tempat dan jawatan yang di sandang. Kenapa mereka ni boleh tiba tiba berubah menjadi tak sedar diri, sombong, angkuh, bongkak apabila dah ada kuasa? Selepas apa yang berlaku pada PRU lalu saya berharap agar barisan pemimpin yang ada berubah, rupanya sama juga.
Amat menyedihkan ialah dengan isu isu semasa yang berlaku ekonomi negara semakin lama semakin merosot. Banyak pelabur pelabur dari luar negara takut untuk melabur dan yang dah ada pun tutup kedai lari balik ke negara masing masing. Mana taknya, tidak ada langsung cerita pasal ekonomi . Hari hari masalah politik. Macam mana negara kita nak maju?
Dari aspek perjuangan bangsa hari ini, saya nampak masing masing dengan agenda tersendiri. Entah apa akan jadi pada bangsa Melayu ni. Sampai bila kita akan berterusan begini?

Thursday, September 25, 2008

BERJAYAKAH PKR?

Makna negarawan ialah meletakkan kepentingan bangsa dan negara mengatasi kepentingan sendiri. Tetapi hari ini mereka yang kononnya menggelar diri mereka sebagai negarawan telah meletakkan kepentingan peribadi mengatasi kepentingan negara. Tak malu ke mereka ini? Tarikh yang disebut sebut oleh Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan (ambil alih kerajaan) iaitu 16hb September 2008 telah pun berlalu. Apa strategi Anwar selepas ini setelah 16 September tidak menjadi kenyataan?.. Kalau kita tengok pada negeri2 yang diperintah Pakatan Rakyat, mereka sendiri gagal untuk membina pasukan yang kuat dan jelas dalam dasar. Sampai ke hari ini, tiada satu dasar pun yang seragam dengan negeri negeri yang diperintahnya. Beberapa kes di Selangor telah memperlihatkan kerapuhan prestasi dan kekuatan Pakatan Rakyat. Dan atas kerapuhan ini, Anwar memainkan isu pembentukan kerajaan persekutuan untuk mengikat Pakatan Rakyat.

Bagi saya inilah strategi Anwar iaitu hanya dengan strategi jangka pendeknya dan dia tidak memainkan strategi jangka panjang. Tidak nampak pun strategi untuk 5 tahun atau 10 tahun. Cita citanya pun cita cita yang terbatas untuk dirinya dan bukan untuk bangsa dan negara. Strategi September dah habis, lepas ni dia buat laa pulak strategi untuk 3 bulan atau 6 bulan mendatang. Sebab itu PKR sampai hari ini belum boleh dibina sebagai sebuah parti yang kuat. Sebab Anwar Ibrahim sendiri tidak bermain politik jangka panjang walhal untuk membina parti yang kuat, pemimpin utamanya harus bermain politik jangka panjang.

Perlu diingat ketika Anwar menjadi pemimpin UMNO, UMNO memang sudah sedia ada sebagai sebuah parti. Jadi tiada rekod sebenarnya Anwar dapat membina sebuah parti yang kuat daripada "zero". Strukturnya semua orang tahu, bukan semakin kuat malah semakin lemah sebenarnya. Dalam negeri yang mereka perintah sendiri pun mereka tidak ada kekuatan yang ampuh kerana Anwar hanya dengan politik jangka pendeknya. Sekira berjaya dia ada jawapannya dan sekiranya tidak berjaya pun dia ada jawapannya. Itulah Anwar Ibrahim.

Seharusnya PKR boleh menjadi parti berbilang kaum dengan terasnya Melayu, seperti Barisan Nasional dimana terasnya UMNO. Malangnya ia gagal dilaksanakan disebabkan PKR meletakkan fokusnya, cita cita dan harapannya kepada Anwar. Dan malangnya Anwar bukannya pemimpin yang membina bangsa sebaliknya hanyalah pemimpin yang membina kekuatan dirinya.

Sebab itu dia tidak berjaya. Sebab itu dalam tempoh beberapa tahun ini PKR sering berubah hala tujunya. Awalnya parti berbilang kaum berteraskan Melayu, selepas Anwar keluar penjara, berubah menjadi parti yang anti dasar Melayu dan boleh dikatakan sebagai anti Melayu dalam beberapa dasar yang dilaksanakan PKR. Baru baru ini dia mahu dilihat sebagai juara Melayu semula disebabkan orang Melayu nampak agak kritikal terhadap PKR.

Tokoh tokoh agama dan tokoh tokoh Melayu dipujuk oleh Anwar yang sebelum ini tidak pernah dihiraukan oleh beliau untuk duduk dalam saf kepimpinan PKR dan bagi saya ini dilakukan untuk mengembalikan imej Melayu.

Ada orang kata mungkin PKR ini baru sebab itu berubah ubah hala tujunya. Tetapi kalau kita lihat pada DAP, dari dulu tidak merubah dasar dan strateginya partinya. Mereka tetap dengan Malaysian Malaysia dari awal hingga kini. PAS pun tetap dengan matlamatnya untuk Negara Islam daripada awal hingga kini. UMNO juga demikian. Tidak pernah berubah hala tujunya. Bagi saya, orang yang membawa konsep itu tidak wajar kerana beliau memainkan politik peribadi dengan agenda tersendiri.

Kelebihan yang ada pada Anwar Ibrahim adalah, beliau merupakan tokoh pidato yang boleh memukau dan membuatkan sehingga ramai masyarakat CINA dan INDIA termakan dengan janji janji palsunya pada PRU baru baru ini. Kondisi BN juga adalah satu sebab yang memberi peluang kepada PKR untuk meraih undi bangsa lain. Kelemahan BN yang paling ketara ialah kepimpinan BN telah lari dari asas perjuangan BN itu sendiri. Asas perjuangan BN tu betul yang larinya ialah integriti kepimpinan.

Nilai nilai yang dibawa oleh pemimpin BN dahulu seperti Tuanku Abdul Rahman, Tun Dr Ismail, Tun Razak, Tun Cheng Lock dan Tun Sambanthan, mereka mempamerkan ciri ciri integriti, hidup sederhana, tolak ansur yang tidak ada langsung masalah arrogant, tiada langsung penonjolan kemewahan yang keterlaluan dikalangan mereka. Malangnya identiti dan integriti kepimpinan yang ada dulu telah hilang kini. 10 tahun dulu Anwar masih pemimpin BN. Pada zaman beliaulah politik wang dan kemewahan bermula dan Anwar tidak boleh lari dari itu. Hilangnya ciri ciri asal pejuang BN menyebabkan orang ramai marah kepada BN dan pada masa yang sama Anwar tampil dengan harapan baru walaupun harapan itu palsu.

BANGUNLAH WAHAI BANGSAKU....




Hari demi hari terus berlalu, tanpa kita sedari.. Apa yg telah terjadi pada masyarakat kita hari ini?? Terutama bangsa kita MELAYU.... Bangsa CINA sudah tentu dapat berdiri dengan megahnya kerana mereka tetap bersatu dan sikap tolong menolong sesama sendiri tidak lekang dalam masyarakat mereka.. Bangsa INDIA sudah tentu bersatu sesama mereka juga.. Apakah kita berbangga dengan masyarakat kita MELAYU yang hanya popular dengan penagih dadah, mat rempit, bohsia dan sebagainya? Dimanakah mereka yang menggelar diri mereka sebagai pejuang bangsa selama ini?.... Hari ini kalau kita baca surat khabar tengok tv atau di warung2 kopi, tidak pernah habis dengan cerita politik.. Tetapi kebanyakan mereka yang kononnya memperjuangkan bangsa kita hanya ingin merebut jawatan dan mencari jalan mudah untuk meraih kekayaan dunia atau lebih tepat " PIKIR TENGKOLOK SENDIRI".. Inilah sebenarnya yang berlaku hari ini.. Adakah kita sedar mengenai perkara ini? Apa yang mampu kita lakukan untuk memperjuangkan nasib anak anak MELAYU kita.. Mungkin sesetengah daripada kita tidak mengambil peduli langsung perkara ini.. Tetapi apakah nasib generasi bangsa kita yang akan datang? Kalau ingin dibandingkan zaman sebelum merdeka dan sekarang, memang banyak perubahan yang dapat dilihat.. Tetapi masyarakat MELAYU hari ini kebanyakannya, sudah lupa jasa jasa serta perkara yang pernah dilakukan oleh mereka yang pernah dengan ikhlas hati berjuang demi bangsa untuk melihat KESENANGAN orang MELAYU hari ini..."Alter your attitude and you can alter your life"..

Tuesday, May 20, 2008

YB Kawasan


Bakal pemimpin 2020.......

Sunday, May 18, 2008

Sedang di cari..


AWAS !!!!!
Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya lelaki ini.

Rosdi......

Penting

Sila hubungi no berkenaan : 0169263072/0166006340

Org Kuat Menteri

Siapa awek sebelah tu.........

Pok Ya Pelancong


Penghulu Pelancongan...Malaysia Kawasan Masjid Pakistan